Saturday, March 21, 2015

after almost 5 months..

setelah hampir 5 bulan blog tak berupdate, hari ni baru tergerak hati nak menulis. :)
mungkin idea dah sebanyak dahulu.
mungkin ayat dah tak sama macam dahulu.
tapi tak pe, kita cuba perlahan2 naaa :)

banyak benda nak cerita.
tapi tak tahu nak mula dari mana..
bawak bersabaq naa..
pelan2 kita kayuh :)


Monday, November 17, 2014

life is not all about marriage

bila umur dah meningkat 20-an ni, dah naik muak rasa dengan soalan "bila nak kawen?". lagi² bila family gathering ke, jumpa member² lama ke.. biasa la, orang melayu ni kan prihatin terlebih.. 

lagi bikin stress bila kawan² sekolah dah ramai naik pelamin, kawan² Universiti dah mula edar kad kawen, sepupu² dah mula beranak pinak. rasa kau tu loser tahap dewa bila kawan² sebaya semua dah mula "membiak", sedangkan kau.. calon suami pon tak tau macam mana rupa lobang hidongnya. ahahahhaha :D

paling rasa panas hati bila hari² topik kawen laaa topik wajib kat tempat kerja. lagi² bila kau kerja kat kedai kek yang tiap2 minggu ade kek kawen yang vavavoomm =_=". 

nak dijadikan cerita, ade la seorang kawan sekerja yang boleh dikira "pangkat adek²" sebab umurnya jauh lagi muda dari aku yang tak berapa tua ni. hari² la nak bercerita pasal kawen. nenek dia suruh ajak si bakal suaminya kerumah la, mak ciknya jeles dia nak kawen awal la, simpan duit kawen dalam tin milo lah.. semua diceritanya! walaupun takde sapa yang bertanya atau berminat nak amek tahu.. kesian..


kadang² kesian tengok budak² sekarang ni, habes sekolah terus nak fikir kawen. katanya nanti kalau kawin lambat, anak lambat besar... (rasa macam nak tergelak pun ade dgn jawapan dia.. confirm sgt ek harini kawen, bulan depan pregnant? hehe ) 


memang la kawin awal tu digalakkan, untuk mengelakkan maksiat, nak ramaikan umat nabi, etc. tapi kalau perkahwinan tu tanpa persediaan mental, fizikal, kewangan dan ilmu yang mencukupi, agak² macam mana hubungan perkahwinan tu? haa terfikir tak? terfikir takk?! kawen bukan benda mudah dik oi! dan matlamat kita hidup ni bukan semata² untuk kawen je :)

tak dinafikan, masing² ade pendapat masing² tentang perkahwinan. mungkin aku ni  je manusia tipikal yang tidak menyokong kawen di usia belasan tahun. mungkin sebab aku ni manusia yang sibuk nak capai impian melangit sampai lupa fitrah perasaan kasih sayang. haha. 

tak salah nak kawin muda.. tapi, fikir dulu tahap kesediaan kita.. solat kita, cukup? mampu nak jadi suami/isteri yang baik? mampu nak jalankan tanggungjawab? sedia nak jadi contoh kat bakal anak²? haaa terfikir tak? kawen ni bukan setakat duduk sebumbung dengan si kekasih hati, bukan setakat tatap muka 24jam. it's all about responsibility :)

so, buat yang nak kawen tu, tak salah kahwin muda. cuma pastikan diri dah benar² sedia. sebab perkahwinan tu bukan untuk sehari dua. tapi biarlah sampai ke syurga. :) sekian tazkirah dari makcik tak bertauliah ni. hehe :)


Tuesday, October 14, 2014

DNARS SKINCARE

Assalamualaikum! lama dah menghilang. so, i'm back. disebabkan dah lama menghilang, let me tepek sekeping gambar selfie sendiri yang bajet hot. haha. tak pe lah korang kata tak cantik ke, hidung besor ke, mata eye bag sekilo ke, pedulik ape saya :P confident cantik tu penting. haha




maka, hari ni aku nak share satu produk skin care yang sangat la bagus, berkesan dan diyakini selamat sebab ade kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). nak tahu produk apa? dah tentu la DNARS SKIN CARE!


Dnars Skincare ada pelbagai kebaikan dan dapat mengatasi pelbagai masalah kulit  seperti:

* Menghilangkan jerawat & parut bekas jerawat

* Menyamarkan & menghilangkan bintik-bintik hitam & putih di wajah

* Mengecilkan pori-pori

* Pigmentasi atau warna kulit tidak sekata

* Memutihkan & mencerahkan warna kulit

* Meremajakan & membuatkan kulit nampak bercahaya

* Menegangkan kulit muka sehingga anda kelihatan lebih muda

* Menghilangkan parut di wajah

* Menghilangkan kedutan

* Mengatasi masalah jerawat

* Mengatasi masalah jeragat

* Menyerikan kulit yang kusam



antara product² terbaek dari DNARS SKIN CARE:


 


Dnars Skincare RM59.90 (SET NORMAL/ JERAGAT)
1 sabun beras
1 sabun collagen 
1 krim siang (sunblock)
 1 krim malam


Dnars Skincare RM59.90 (SET BERMINYAK/ JERAWAT)
2 sabun beras
1 krim siang
1 krim malam
*set normal/jeragat adalah berbeza dengan set jerawat.

Dnars Skincare Day Cream RM26.90

Dnars Skincare Night Cream RM26.90

Dnars Skincare Toner Collagen RM27.90
*sesuai untuk kulit normal
*toner ini mengandungi collagen. tidak sesuai bagi kulit yang berminyak

Dnars Skincare Toner Treatment RM21.90
*untuk mengecilkan pori, menganjalkan kulit.
*mengembalikan pH5.5 pada kulit
*estrak dari tumbuhan untuk melembap dan menyegarkan kulit
*mempunyai formula khas utk merawat jerawat

Dnars Skincare Sabun Beras RM13.90

Dnars Skincare Sabun Collagen RM13.90

Dnars Skincare Gold Foundation RM39.90

*mengandungi bedak alas SPF40
*khasiat minyak anggur
*pelindung dari sinar UV selama 12 jam
*mencerahkan,menganjal dan menegangkan kulit.
*mengandungi vitamin E yg mbantu untuk menhilangkan parut degil di wajah
*tidak berminyak, tahan selama 12 jam.
dikeluarkan dalam 1 warna sahaja tetapi sesuai untuk semua jenis kulit, mengikut warna darah

Dnars Skincare Yellow Cream RM26.90

*diformulasi dari pati² herba yang terpilih termasuk 3 jenis kunyit
* menghilangkan jeragat/parut jerawat
*membersihkan kulit wajah, wajah akan kelihatan lebih cerah, gebu dan segar
*dapat mengembalikan aura/ seri wajah secara semulajadi
*menghilangkan garis² halus dan kedutan pada wajah

Dnars Skincare Body Soap RM19.90


SEE! banyak betul kebaikan Dnars Skincare ni kan?! seriously, dalam banyak²produk yang aku pernah pakai sebelum ni, DNARS SKINCARE NI LA PALING BERKESAN! kalau dulu muka comot dengan jerawat & parut yg berterabur atas muka, sekarang alhamdulillah dah berkurang. parut pun da beransur pudar. jerawat dah kurang. kalau ade pun, cuma masa period je. tu pun kat dagu. memang berbaloi²! beli satu set, boleh tahan sampai 2 bulan!

so, kalau nak cuba dnars skincare ni, tapi tak tahu set apa yang sesuai dengan kulit, whatsapp je hani. SPECIAL CONSULTATION will be provided TO SERIOUS BUYER ONLY :)


FOR ANY PURCHASE, KINDLY WHATSAPP
019 4650809 (HANI)