Thursday, August 26, 2010

ini fakta.bukan auta!

Pesanan to Alejandro.... Baca sampai abis yek...

Assalamualaikum.. Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni. Insya-Allah.. Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati. Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release. Banyak kontroversi tentang video ni. Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah..Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka. Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..

Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik. Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web. Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati. Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah keweb nihttp://mistisfiles.blogspot.com/ and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal ..Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..

Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video. Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda.

Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi danbeberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkinmengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salahsatu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memeganghexagram sebagai tahanan berbaris.

"I know that we are young.And I know you may love me. But I just can't be with you like this anymore, Alejandro."

Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam danmembawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar bawah.. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hatibiasa biasatapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang samamacam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus).. Google untuk baca lebih lagi ..

But I just can't be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak .. Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro?

Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - TheAll-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifatsejati dari kekuatannya.

Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang 'control' dia. Atau senang kita guna istilah dia adalah 'mind-control slave' .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna.

Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : "Stop,please, just let me go, Alejandro" .Sebaik saja diasebut "Alejandro" Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandromerujuk kepada tuhan bukan manusia.

"She hides true loveEn su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, Around you."

Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan..

Selepas sahaja lirik tu... Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula.. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian(Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?

(Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)

Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas.. Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagiagama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untukmenghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..

Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan ..

" In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (...) Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Thereforeit has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of whitemagic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed." - Manly P. Hall

Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan.Dont bother me, Dont bother me,Alejandro (merujuk kepada tuhan)

Don't call my name , Don't callmy name, Bye Fernando ..I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka.

Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakandalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih.. Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer..

I'm not your babe I'm not your babe, Fernando. Waktumenyebut perkataanFernando, Gaga membuat simbol tangan macam tu(yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaranKristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tubuat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri.Kita yang kena solve apa makna dia..

Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gagadah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyisambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :

" Don't call my name,Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "

Dan di akhir video ...Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan? Insya-Allah pasti ..

Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam.. bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae. Jadi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spirituallain. Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam? Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...

Cik Gaga ni membawa bersamanya semuaagenda illuminati dan taktahu la macam mana ramai yang boleh terpukaudengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragudengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhentimendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga.Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebutLa-la-la Allah .(Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai.Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan iahanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah ,lindungi lah kamidari tipu daya syaitan dan sekutu nya.. Amin ya rabbalalamin. Sumber asal: vigilant citizen :)

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya"(Al-Isra' 17:36)

Credit kepada penulis asal yg sy tak dapat pastikan siapa, moga kita beroleh manfaat..





Friday, August 20, 2010

wahai mata~



mata adalah satu anugerah yang tidak terhingga drp Allah swt..bygkan ktika korg bru bgun dr tdo, pandangan korg kelam dan nikmat penglihatan korg telah diambil olehNya..mesti sedih en.. so, hargailah penglihatan yg Allah berikan kepada korg. kat sini hani nk kongsi sket tips2 penjagaan mata bagi mereka2 yg sering menetap PC/lappy..hani ni xde lah pro sgt pasal mate ni..tp boleh lah sekadar nk berkongsi ngn korg sume..


1. Pilihlah monitor yang berbentuk LCD/plasma sbb monitor ini dipercaya lebih baik daripada monitor model lama.

2. Jagalah jarak mata anda dengan monitor komputer.Jarak paling ideal antara mata dan monitor adalah 30 cm.

3.
Adjust monitor sejajar dengan mata, jangan terlalu rendah dan jangan terlalu tinggi. Adjust sehingga kita rasa selesa dengan posisi antara kepala (mata) dan monitor.

4.
Adjust warna pada monitorsehingga sedap dipandang mata, tidak terlalu terang sbb ini menyebabkan mata menjadi silau. Juga jangan terlalu gelap sbb akan menyebabkan mata bekerja terlalu keras sehingga membuat mata menjadi cepat kering.

5.
Adjust screen refresh rate menjadi 75 htz..caranya jika anda pakai windows XP klik kanan pada desktop-properties-setting-advanced-monitor-lihat kolum screen refresh rate, atur menjadi 75 htz.

6. Selalulah
kedipkan mata, sbb dengan mengedipkannya, mata akan merangsang kelenjar air mata untuk mengeluarkan air mata yang berfungsi membuat mata menjadi lembab. Jika perlu, mata yang kering dititiskan ubat (eyemo?) untuk membuatkan mata selalu dalam keadaan lembab.

7. Boleh gunakan
cermin mata khas utk pengguna komputer (works like computer filters)

8. Perhatikan
cahaya di sekitar ruangan tempat menggunakan komputer. Usahakan ruangan yg cukup cahaya. Elakkan menggunakan komputer di ruangan yang gelap (tidak cukup cahaya).

9. Setelah penggunaan komputer dalam jangka waktu yang lama,
istirahatkan mata minima 15 minit. Jenguk2 mata ke tempat lain (daripada monitor) untuk menyegarkan mata. Usahakan untuk melihat objek yang berwarna hijau seperti daun/pokok. Menurut para pengkaji, warna hijau mampu membuat mata kembali segar.

10. Perbanyakkan
makanan yang mengandungi vitamin A(sayuran hijau) atau yg mengandungi beta-carotine (from veggie/fruits yg berwarna kuning) krn bagus utk mata. . Sila rujuk doktor mata jika terdapat gangguan pada mata.

itu je r yg dpt dikongsikan dlm entri kali ni~sory lah sbb jrg update sbb currently bz ngn midsem..^_^..akhir kate,hargai lah mate pemberian Allah..

Wednesday, August 11, 2010

kenapa perempuan cantik pakai tudung??



1. Kenapa perempuan cantik
pakai tudung?
Sebab dia nak tutup aurat.

2. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia jaga maruah..diri..dan keluarga.

3. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab.. Sebab dia cantik.

4. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia tak hendak tunjuk kecantikan dia..kecuali pada yang berhak.

5. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia seorang yang pandai..pandai jaga diri.

5. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia anak solehah…

6. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia dengar cakap mak bapak dia..

7. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dia hormati orang lain..

8. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab takut apabile dia tak pakai tudung
orang tengok dia cantik..dan ada niat yang tak baik..

9. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab tak nak diminati ramai lelaki sangat..

10. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab tak nak menyusahkan orang lain..

11. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dapat pahala..

12. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dapat menghindari maksiat..InsyaAllah ..

13. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab supaya dapat menjadi contoh pada perempuan lain..

14. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab supaya lelaki yang beriman saja yang suka dia..

15. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab mendengar suruhan Nabi…

16. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab rambut perempuan adalah mahkota baginya..
Jadi dia tak nak sewenang2nya menunjuk kepada lelaki..
Kerana jika dia menunjuk maknanya dia dah tak bernilai
kerana mahkota dia telah dilhat oleh semua lelaki (kecuali keluarga).

17. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab dapat mengurangkan nafsu lelaki..

18. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab patuh pada suami..

19. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab paling penting.. Dia orang Islam…

20. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?.
Sebab dalam Al-Quran suruh dia pakai tudung.. Kalau
orang Islam tapi tak berpegang pada Al- Quran..
Nak berpegang pada apa lagi..??

21. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Pasal anda memang cantik lah kalau pakai tudung..
Orang lelaki memang suka org perempuan yang pakai tudung…

22. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Pasal mereka tahu kalau tak pakai tudung mereka
akan “syok sendiri” yang mereka tu lawa… Rugi lah kalau begitu…
Pakailah tudung wahai muslimah Islam.. Serius ni…

23. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Pasai dia tak mahu orang lelaki suka kat dia pasal nafsu semata2…
Mesti nak kat dia pasal agama dan akalnya yang baik… .

24. Kenapa perempuan cantik pakai tudung?
Sebab … … Banyak lagi sebab…

pastu ada seorang bertanya, perempuan yang tak bertudung tu
tak cantik la ye? haa, sape nak jawab?

p/s: cantik itu subjektif…
semua org dilahirkan cantik…
apatah lagi jika mengikut syarak yang ditentukan Allah. kan?

p/s :kami cantek sbb kami pakai tudung.. ^_^

Thursday, August 5, 2010

awk syg dia?sy pon. ^_^


DANEY??
ape 2??
nk taw x daney 2 ape?
hurmmm..jap ea..
haaaa...ni la daney yayunk saye~ ^_^
comel kan daney saye?
lg bsa dr hani..hihihi
tq alot 2 fy sb bg saye daney yg comel+fluffy+mahal ni..
(bg hani harge daney ni mhl!)
time kaceh manyak2 ^_^
hani akn jg daney leklok
insyaallah
nk taw x nape tetbe hani nk post psl daney?
haaa...begini cite nye..
jengg..jengg..jenggg...
(wat suspen sket..hahhaha)
ri 2 saye bka link ni..

pas2 tetbe rase nk post jgk
hihihi

hmm..daney..daney..
hani syg daney sgt..
smpi skg, xde sape leh hug daney slain hani!
caye x?hahhaha
mmg syg gile thp dewa lahh..
sape2 nk hug,meh cni rase flying kick ak dulu
hahahhahah

mane hani pegi,daney xpnh tgal..
kulim ke, ampang ke, kt umah ke..
mest ade daney lahh..
tp g toilet hani xbwk la!
aiyoyo~hahahha

mase mule2 dpt daney, gle excited lah
yla..besa lak 2..
lg2 ble my dearest "teeettt" bagi..
hihi
biar lah cerite kite 2 jd knangan kte..
ade jodoh ade lah..insya allah~
kte mude lg utk pk sume 2..
ape yg penting?kerjasama! (eh..2 wonderpets!haha)
ape yg penting,kte kejar dulu cite2 kte..
bwu pk prasaan2 ni k..
(eh hani ni..bermadah2 lak..)
bia lah!ni blog hani.suke aty r nk post ape
hahahah
hmm..da xtaw nk tulis ape lg..
hmm..k r..hani rase ni je kot nk dimerapekkan dlm entri kali ni.
pape pon, hani saaaaaaayang DANEY!

Monday, August 2, 2010

Aduhai muslimah~jangan mudah tertipu!

Ilmu ditadah dibuat acuan agar mendatangkan manfaat bersama. Ingin diri ini menyedarkan muslimah di luar sana. Hati ini tergerak untuk mencoretkan bait-bait peringatan bersama setelah membaca salah satu majalah yang menceritakan mengenai hal ini.

Duhai muslimah...
Jangan mudah tertipu, bukan tertipu dengan lelaki ajnabi seperti yang kebiasaannya diuar-uarkan. Tapi...tolong jangan mudah tertipu dengan keindahan pelbagai warna dalam berpakaian yang hebat dipertontonkan di luar sana. Apa ertinya busana muslimah? Adakah maksudnya tudung-tudung yang berjenama artis-artis terkenal di Malaysia?



Lihatlah akhbar, tidak kurang juga majalah. Busana muslimah dan bermacam-macam fesyen di luar sana yang dikatakan sebagai sesuai untuk muslimah kerana selamat dan menutup aurat. Kebanyakannya tidak menepati syarak dan hanya melanggar apa yang dikatakan sebagai tabarruj.

Serius…
Hati saya sebagai muslimah turut tertarik dan teruja tapi sayangnya ia hanyalah busana dan tidak sesuai untuk muslimah. Kenapa? Bukan semua busana muslimah yang cantik dan menarik ini menepati hukum syarak. Kita dikaburi dengan mainan warna yang indah dan seterusnya menjerat hawa nafsu untuk membeli. Dan nawaitu memakainya juga mungkin akan berubah sama sekali.

Firman Allah:

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”

[Al-A’raaf ayat 26]

Tudung sepatutnya dipakai untuk menutup rambut. Tetapi malangnya, tudung dipakai di atas paras dada. Ini tidak menjadi hal utama bagi muslimah sekarang, asalkan rambut dapat ditutup mengikut syarat dan yang paling penting adalah menarik. Wanita itu sendiri sudah semestinya punyai daya tarikan tetapi mereka telah ditipu dengan fesyen-fesyen yang akan membawa kepada daya tarikan yang lebih. Persoalannya, kita mahu menarik perhatian siapa? Siapakah insan-insan yang layak melihat keindahan perhiasan-perhiasan ini?

Firman Allah:

Katakanlah kepada wanita yang beriman:
"Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
[Surah an-Nur ayat 31]

Apa ertinya bagi seorang muslimah, andai dia hanya mampu menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, tetapi faktor utama iaitu perhiasannya sendiri dengan mudah dipertontonkan. Bukankah ia tidak sempurna malahan mencacatkan penampilan? Saya tidak mengatakan saya lebih baik. Ini hanyalah sedikit kata-kata peringatan kepada saya dan untuk semua muslima yang dikasihi Allah di luar sana. Kita adalah perhiasan, tetapi pilihan untuk menjadi perhiasan terindah terletak pada diri sendiri. Sama ada ingin menjadi perhiasan yang mahal dan berharga tetapi tidak menarik perhatian dan tidak mudah dibawa mahupun disentuh ataupun perhiasan yang mudah dibawa ke mana-mana, mudah pula dipegang dan disentuh tidak kira masa serta mudah juga menjadi santapan pandangan yang tidak berhak.



Duhai muslimah…
Sekalipun insan sekeliling mengakui keburukanmu sekalipun, telah terlitup indah auratmu mengikut syarak dengan warna yang buruk. Namun andai ia lebih mendapat redha Allah, inilah pilihan untukmu yang terbaik. Namun diri hina ini juga tidak mampu untuk menghalang keinginan dan kebebasan dalam mempertontonkan perhiasan-perhiasan kalian. Ingatlah, cantiknya seorang isteri, layaknya hanya di mata suami. Cantiknya seorang puteri, layaknya hanya pada pandangan ibu bapa untuk menjaga dan memelihara dirinya sebelum dimiliki. Seorang muslimah itu tinggi martabatnya dalam Islam. Semoga penghargaan dari Allah ini akan kekal bertahan dan tidak mudah rebah menyembah bumi. Sedarlah sebelum semuanya terlambat.

Selamat beramal…